Sabtu, 9 Februari 2013

Catatan mengenai ARAH UTARA


Bab Arah merupakan tajuk ke-2 dipelajari oleh murid ting.1.  Begitu juga murid ting.2.  Melalui bacaan admin blog terdapat sekurang-kurangnya terdapat empat jenis utara berbeza yang digunakan sebagai rujukan untuk sistem koordinat, ‘true north’, ‘magnetic north’, ‘grid north’ dan ‘arbitary north’. Walaubagaimanapun kita akan fokus pada dua jenis utara sahaja, ‘true north’ dan ‘magnetic north’.

   Sebelum mengenali jenis-jenis utara, penulis tertanya soalan kenapa ada pelbagai jenis utara?.....Jika ada utara sebenar mungkin juga ada utara palsu?
   Murid ting.1 hanya mempelajari utara magnetik.  Apabila masuk ting.2 murid mempelajari utara grid dan utara sebenar.
Lihat nota berikut : Ting.2 bab: Arah

Bacaan penulis menemukan nota berikut:


Magnetic North (Utara Magnetik)

Jarum kompas utara akan memberi arah pada magnetic north. Magnetic north terhasil akibat kesan dinamo (dynamo effect). Di mana besi lebur dalam perut bumi akan menghasilkan arus dynamo yang kemudiannya akan mengaruh eletromagnet yang menghasilkan medan magnetik bumi (Paor, 2002). Walaubagaimanapun, ramai yang tidak tahu bahawa lokasi magnetic north bukan berada pada true north dan begitu juga dengan magnetic south, bahkan lokasi magnetic north juga berubah setiap masa. Melalui rekod yang dikeluarkan oleh Geological Survey of Canada, titik magnetic north terletak di bahagian utara canada dan bergerak saban tahun (lihat jadual 1), untuk pengetahuan umum koordinate true north adalah 90.0 N, O E/W. (N=North, W=West, E=East, S=South). 
credit to http://ibnaffandi.iluvislam.com/.

True North (Utara sebenar)

True north dan true south diambil daripada paksi pusingan bumi, yang mana, true north di bahagian akhir sebelah ‘atas’ bumi, dan secara teknikalnya, seseorang yang berdiri betul-betul atas titik true north atau true south akan seolah-olah berpusing setempat. Dalam sistem koordinasi antarabangsa iaitu WGS84 (World Geodetic System 1984) yang diguna pakai secara meluas antaranya dalam sistem GPS, true north digunakan sebagai rujukan utama (Robert, 2008). Software seperti Google Earth, ArcGlobe dan World Wind menggunakan datum koordinasi WGS84.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan