Sabtu, 26 Mei 2012

Menerobos Samawi - Almanak Astronomi MEI 2012

Urusitua Urusetia selalu ditegur menggunakan bahasa yang jelik, maka hari ini cuba menggunakan bahasa yang berkaitan dengan objek di langit, moga kedengaran indah di telinga.

Berikut kompilasi dan kombinasi fenomena-fenomena samawi yang telah berlaku dan dapat dilihat  untuk sepanjang Mei 2012. Maklumat ini belum sempurna dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


5-6 Mei 2012 : Hujan Meteor Eta Aquarids

Hujan meteor ini menghasilkan sekitar 10 meteor perjamnya. Puncaknya terjadi pada tanggal 5 -6 Mei, namun bisa diamati pada tanggal 4 - 7 Mei. Hujan Meteor ini sangat sulit untuk diamati karena intensitasnya yang rendah. Seperti namanya, hujan meteor ini berasal dari rasi bintang Aquarius.

6 Mei 2012 : Bulan Purnama


20 Mei 2012 : Bulan Baru

20 Mei 2012 : Gerhana Matahari Annular
kawasan yang boleh dilihat gerhana matahari annulus
 

permukaan matahari dilindungi oleh bulan

Pada tanggal 20 Mei ini, terjadi sebuah gerhana matahari annular. Gerhana ini telah dilihat dari Cina hingga ke daerah timur,  Jepun. Boleh juga dilihat dari daerah di sekitar samudra pasifik dan bahagian barat Amerika . Dan di bahagian Asia timur hingga ke daerah Amerika. 

27 Mei 2012 : Istiwa Ad'zam pada jam 5.14 petang sehingga 5.18 petang (Sumber)

Istiwa Adzam adalah fenomena di mana matahari berada tegak di atas Kaabah. Apabila istiwa matahari terjadi di sini, bayang objek tegak di tempat lain akan menunjukkan arah ke Kaabah. Semakan arah kiblat boleh dibuat sewaktu terjadinya fenomena ini.


Panduan Membuat Semakan Arah Kiblat
  1. Gunakan objek lurus seperti tiang.
  2. Tiang tersebut didirikan, sebaiknya di kawasan lapang dan pastikan ianya lurus serta tegak. 
  3. Bagi menyemak ketegakkan tiang tersebut boleh diletakkan tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.
  4. Pastikan tiang yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
  5. Penyemakkan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya (27 Mei 2012, Ahad jam 5:16 petang). Sila rujuk waktu piawai melalui http://mst.sirim.my/ atau waktu di tv.
  6. Oleh kerana bayang yang terjadi yang berlaku di Malaysia pada sebelah petang maka bayang tiang akan jatuh ke arah timur.
  7. Penandaan arah kiblat adalah ke arah barat iaitu bayang tiang yang menghala kembali ke pangkalnya.





read more  pleaseklik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan