Sabtu, 6 Oktober 2012

CARA PERSEMBAHAN BAHAN PEMBELAJARAN YANG MENARIK

Anda boleh perhatikan gambar-gambar berikut, folio geografi dan sains disediakan.  Nampak mudah dan menarik.  

Cuma yang perlu, anda perlu rajin meneroka. Tinggalkan kebiasaan anda, anda perlu lebih berkreatif membuat bahan pembelajaran yang mempunyai daya inovasi dan kreatif.

Kulit depan folio mengenai Sains Bumi

nota dilipat seperti origami

nota dipin tampak berinovasi

peta boleh lipat


nota handbook

double flip bote

multiple flip

another way flip

bigger & smaller flip


pocket notes

radial flip

pamphlet

Cara persembahan multimedia pula, anda boleh gunakan pelbagai sumber multimedia di internet selain menggunakan powerpoint.

Landforms/ Bentuk mukabumi

Isnin, 17 September 2012

Panitia Geografi SMKIS: BANK SOALAN

Panitia Geografi SMKIS: BANK SOALAN: klik pautan di sebelah ni

7. Koleksi soalan Percubaan Negeri-negeri 2012

Terengganu 2012 dan skema
SBP 2012
Perak 2012 dan skema
Kedah 2012 dan skema
Negeri Sembilan 2012 dan skema
Pahang 2012
Kelantan 2012

Rabu, 8 Ogos 2012

Penghijaban Planet Musytari oleh bulan (Planetary Occultation)


Pada awal pagi 12 Ogos ini, rakyat Malaysia dan sekitarnya akan dapat menyaksikan sebuah fenomena langit yang jarang berlaku, iaitu planet Musytari akan ‘hilang’ buat beberapa seketika, dan ‘muncul’ kembali selepas itu!
Kenapa Musytari hilang?
Kehilangan buat beberapa ketika planet ini disebabkan Bulan akan bergerak di hadapannya selama beberapa ketika dan melindunginya dari pandangan mata kita. Kejadian ini boleh diibaratkan seperti mini-gerhana. Cuma kali ini pelakonnya ialah Musytari dan Bulan!
Dikenali sebagai Penghijaban Planet. Asalnya dalam bahasa inggeris ialah Planetary Occultation, cuma masalahnya penulis tidak menemui istilah rasmi dalam BM.  Kali terakhir ia berlaku ialah pada 23 Feb 2009. Menurut penulis yang telah menyaksikan bulan menghijab hanya separuh sahaja daripada jasad Musytari. Bagi yang berada ke utara sikit, mereka telah menyaksikan penghijaban yang penuh.
Boleh klik LINK ini untuk perbincangan di forum FO ketika fenomena 2009 tersebut.
Foto dibawah menunjukkan keadaan penghijaban yang sedang dalam proses berlaku ketika itu.
Penulis menggunakan perisian Astronomy, SkySafari, menunjukkan 2 senario yang berbeza untuk bagi anda di Semenanjung dan Sabah, Sarawak.
Pantai Barat Semenanjung
Bagi anda yang berada di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, ketika Bulan terbit di ufuk timur sekitar jam 2.30 pagi hari Ahad 12 Ogos 2012 nanti, Musytari sudah pun terlindung disebalik Bulan. Kelihatan di langit hanyalah Bulan sahaja. Namun, pada lebih kurang jam 3.05 pagi, secara tiba-tiba, akan muncul sinaran cahaya dari planet Musytari, dari bahagian Bulan yang gelap (Ketika itu, bulan berada di dalam fasa sabit tua).
Waktu di atas akan ada perbezaan sedikit, lebih kurang dalam seminit dua, di bandar-bandar berlainan.
Pantai Timur Semenanjung
Bagi anda yang berada di sekitar pantai timur pula, seperti Kelatan, Terengganu, Pahang, Johor, anda mungkin berpeluang melihat Musytari dan Bulan terbit bersama sekitar jam 2.17 pagi, dan pada jam 2.32 pagi Bulan akan mula menutupi Musytari. Ia akan muncul kembali sekitar jam 3 pagi.
Sarawak
Di Sarawak, kiraan penulis berdasarkan lokasi di Kuching, menunjukkan Bulan akan terbit sekitar jam 1.51 pagi. Ketika itu, Musytari berada di bawah Bulan (belum lagi terhijab). Pada lebih kurang 2.16 pagi, barulah Musytari perlahan-lahan semakin hilang dari pandangan, dan ia akan muncul kembali pada jam 3.15 pagi.
Sabah
Bagi anda di Kota Kinabalu, Sabah, anda juga bernasib baik kerana dapat melihat keseluruhan fasa hilang dan munculnya Musytari ini. Bulan akan terbit pada jam 1.20 pagi, dengan keadaan Musytari berada di bawah Bulan. Kemudian planet ini akan hilang pada jam 2.20 pagi dan muncul kembali pada jam 3.20 pagi.
Bagaimana cara melihatnya?
Disebabkan Musytari dan Bulan amat terang, ia boleh dilihat dengan MATA, tanpa sebarang masalah.
Jika anda ingin mengambil foto, penulis menyarankan guna DSLR yang lens-nya 300mm ke atas, agak bentuk Bulan lebih besar dan lebih jelas keadaannnya apabila Musytari hilang dan ketika ia muncul.
Sebagai contoh, foto di atas penulis menggunakan lens Tamron 300mm je.

Penulis ialah Shahrin Ahmad, pemilik Falak Online, merupakan seorang ahli astronomi amatur, penceramah dan penyelidik teknologi. Pengalaman beliau di dalam astronomi bermula sejak tahun 1984, dan kini giat mempopularkan ilmu astronomi menerusi tulisan blog, forum dan jemputan ceramah.

Isnin, 16 Julai 2012

Ecosystems in the climates of different latitud

Last modified May 18, 2004 by Lisa Gardiner.

Places located at high latitudes (far from the equator) receive less sunlight than places at low latitudes (close to the equator). The amount of sunlight and the amount of precipitation affects the types of plants and animals that can live in a place. The collection of all the living things in a place, as well as the non-living resources, is called an ecosystem or biome. Listed below are the types of ecosystems that exist in the climates of different latitudes.

This map shows the eight biomes of the world. The orange area is tundra, purple is taiga, green is grassland, black is temperate forest, yellow is desert, blue is tropical rain forest, brown is chaparral and the white is ocean. 
Windows to the Universe original image

The most sunlight is received at the equator of our planet, making this area very warm. The types of ecosystems that develop in this warm environment are:

Rainforests: As the name suggests, rainforests receive a lot of rain. The temperature stays warm in the rainforest all year long.
Savanna: This ecosystem has a wet season and a very dry season.
Deserts: Deserts receive less rainfall than other tropical ecosystems but are just as warm.

The area between the warm tropics and the chilly poles is called the mid latitudes. Climates in this zone are affected by both warm, tropical air moving towards the poles and cold, polar air moving towards the equator.
Chaparrel: This ecosystem has wet-winters and dry-summers.
Grasslands: This ecosystem is typically found on the dry interior of continents.
Temperate forest: A moist climate allows leafy deciduous trees to thrive.

High latitudes receive the least sunlight, creating cold climates.
Taiga: The forests of the taiga ecosystem survive despite long and very cold winters. Summers are short and still quite cool.
Tundra: Ocean winds in arctic coastal areas keep the temperatures from being as severe as interior regions. A long, chilly winter season is followed by a mild season.

Try this crossword puzzle about weather at this link
http://www.windows2universe.org/earth/Atmosphere/crossword.html

Khamis, 7 Jun 2012

KEJORA DI LANGIT dan GERHANA SEPARA BULAN

Awal bulan Jun 2012, dua almanak telah berlaku di langit bumi. Pada 4 Jun berlakunya gerhana separa bulan dan 6 Jun berlakunya Transit Zuhrah/Venus.

Transit Zuhrah

GERHANA SEPARA BULAN
Penduduk di Asia Timur, Utara Amerika Barat, England dan Timur Kanada telah berpeluang melihat Gerhana Bulan Separa. Gerhana ini bermula dengan fasa penumbra pada jam 4.48 petang (waktu Malaysia), walau bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana tidak dapat dilihat  kerana Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap dan pada masa yang sama Bulan masih belum terbit lagi dari ufuk. Bulan mula memasuki bayang umbra Bumi pada jam 6.00 petang dan gerhana maksimum berlaku pada jam 7.04 malam.  Fenomena gerhana ini dapat disaksikan di Malaysia apabila Bulan mulai terbit pada jam 7.18 malam sehingga jam 9.18 malam.




TRANSIT ZUHRAH
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet Zuhrah melintas di antara Matahari dan Bumi dan dapat dilihat pada permukaan Matahari. Berikutan saiz Planet Zuhrah hampir sama dengan bumi, planet itu diumpamakan sebagai ‘saudara kembar bumi’. Semasa transit, Planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu tompok kecil berwarna hitam atau ‘bulatan hitam kecil’ melintasi di hadapan permukaan Matahari jika dilihat menerusi penuras Matahari. Kita bagaikan melihat ‘begitulah kerdilnya bumi yang kita huni’ dari kedudukan 42 juta km.


Peristiwa astronomi ini sangat penting dan ia jarang berlaku. Transit Planet Zuhrah ini berlaku secara berpasangan dalam tempoh lapan tahun, tetapi dwi peristiwa ini hanya berlaku dalam tempoh kurang daripada seratus tahun atau satu abad sekali.

Fenomena seumpama ini pernah berlaku pada 8 Jun 2004 dan pada 6 Jun 2012 merupakan detik sejarah yang terakhir untuk abad ini dan ianya tidak akan berulang sehingga tempoh 105 tahun kelak. Peristiwa seumpama ini akan berlaku semula pada abad yang akan datang sepertimana yang dijangkakan pada Disember 2117!!!
Menurut ketua Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Dr Baharrudin Zainal, berdasarkan hitungan falak, sentuhan Planet Zuhrah dengan matahari dijangka berlaku kira-kira jam 6.10 pagi dengan bentuk planet itu mula kelihatan sepenuhnya di permukaan matahari kira-kira 18 minit kemudian. Pada waktu itu (6.10 pagi) hanya pemerhati di pantai timur Sabah dan Sarawak berpeluang melihatnya. Bagi pencerap di Pantai Timur Semenanjung, matahari hanya akan terbit jam 6.54 pagi.  Ketika ini, planet sudah melata hampir lapan peratus daripada keseluruhan laluan rentasannya di permukaan matahari. Kira-kira jam 9.30 pagi, Planet Zuhrah yang dilihat dalam bentuk ‘bintik hitam’ sudah berada di tengah laluan rentasannya. Planet Zuhrah akan dilihat meninggalkan sepenuhnya permukaan matahari kira-kira jam 12.50 tengah hari.


Sabtu, 26 Mei 2012

Menerobos Samawi - Almanak Astronomi MEI 2012

Urusitua Urusetia selalu ditegur menggunakan bahasa yang jelik, maka hari ini cuba menggunakan bahasa yang berkaitan dengan objek di langit, moga kedengaran indah di telinga.

Berikut kompilasi dan kombinasi fenomena-fenomena samawi yang telah berlaku dan dapat dilihat  untuk sepanjang Mei 2012. Maklumat ini belum sempurna dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


5-6 Mei 2012 : Hujan Meteor Eta Aquarids

Hujan meteor ini menghasilkan sekitar 10 meteor perjamnya. Puncaknya terjadi pada tanggal 5 -6 Mei, namun bisa diamati pada tanggal 4 - 7 Mei. Hujan Meteor ini sangat sulit untuk diamati karena intensitasnya yang rendah. Seperti namanya, hujan meteor ini berasal dari rasi bintang Aquarius.

6 Mei 2012 : Bulan Purnama


20 Mei 2012 : Bulan Baru

20 Mei 2012 : Gerhana Matahari Annular
kawasan yang boleh dilihat gerhana matahari annulus
 

permukaan matahari dilindungi oleh bulan

Pada tanggal 20 Mei ini, terjadi sebuah gerhana matahari annular. Gerhana ini telah dilihat dari Cina hingga ke daerah timur,  Jepun. Boleh juga dilihat dari daerah di sekitar samudra pasifik dan bahagian barat Amerika . Dan di bahagian Asia timur hingga ke daerah Amerika. 

27 Mei 2012 : Istiwa Ad'zam pada jam 5.14 petang sehingga 5.18 petang (Sumber)

Istiwa Adzam adalah fenomena di mana matahari berada tegak di atas Kaabah. Apabila istiwa matahari terjadi di sini, bayang objek tegak di tempat lain akan menunjukkan arah ke Kaabah. Semakan arah kiblat boleh dibuat sewaktu terjadinya fenomena ini.


Panduan Membuat Semakan Arah Kiblat
  1. Gunakan objek lurus seperti tiang.
  2. Tiang tersebut didirikan, sebaiknya di kawasan lapang dan pastikan ianya lurus serta tegak. 
  3. Bagi menyemak ketegakkan tiang tersebut boleh diletakkan tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.
  4. Pastikan tiang yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
  5. Penyemakkan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya (27 Mei 2012, Ahad jam 5:16 petang). Sila rujuk waktu piawai melalui http://mst.sirim.my/ atau waktu di tv.
  6. Oleh kerana bayang yang terjadi yang berlaku di Malaysia pada sebelah petang maka bayang tiang akan jatuh ke arah timur.
  7. Penandaan arah kiblat adalah ke arah barat iaitu bayang tiang yang menghala kembali ke pangkalnya.





read more  pleaseklik


Sabtu, 21 April 2012

FENOMENA TENGAHARI TANPA BAYANG


Fenomena Ekuinoks
Oleh Rohaniza Idris 2012/03/25

Fenomena dunia tanpa bayang dilaporkan berlaku di Bogor dan Jakarta, Indonesia. Dalam kejadian itu, tepat jam 12 tengah hari bagi tempoh dua hingga lima minit, orang ramai tidak dapat melihat bayang-bayang sendiri di bawah sinar matahari kerana ia berada tepat atas kepala.Fenomena itu mendapat liputan kebanyakan akhbar di republik berkenaan dan beberapa negara Asia termasuk Malaysia(20 Mac 2012, pada jam 1:14 PM-Waktu Malaysia).

Penjelasan daripada Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) mengenai fenomena dunia tanpa bayang bagi merungkai kejadian itu dari pandangan astronomi.
Ketua Unit Strategik dan Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA, Mohd Zamri Shah Mastor berkata, fenomena tanpa bayang sebenarnya berlaku setiap hari sepanjang tahun dan ia bukannya satu kejadian yang luar biasa atau pelik. 

Mohd Zamri berkata, kejadian itu tidak dianggap sebagai fenomena astronomi, namun ia fenomena yang disukai dan sangat dekat dengan orang ramai. 

“Fenomena hari tanpa bayang dianggap menarik apabila ia berlaku ketika matahari melintasi garisan khatulistiwa seperti yang berlaku di Bogor Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini. Selain itu, fenomena ini juga turut dianggap istimewa ketika matahari melintasi garisan Sartan di Hemisfera Utara dan garisan Jadi di Hemisfera Selatan bumi,” katanya. 

Menjelas lanjut, Mohd Zamri berkata, kejadian itu adalah fenomena yang biasa berlaku iaitu sebanyak dua kali setiap tahun pada suatu garis lintang tertentu di antara garisan Sartan dan garisan Jadi. Ini kerana pada ketika itu, matahari berada tepat di atas garisan lintang berkenaan. 
“Malaysia akan turut mengalami fenomena hari tanpa bayang tepat waktu tengahari di beberapa tempat mengikut kedudukan garisan-garisan lintang tertentu yang melintasi negara bermula esok hingga Khamis ini. Ia akan berulang berlaku semula pada 28 September hingga 2 Oktober depan,” katanya. 

Mohd Zamri menjelaskan fenomena itu juga dikenali sebagai peristiwa Ekuinoks apabila Matahari melintasi tepat garisan Khatulistiwa ketika ia bergerak dari Hemisfera Selatan ke Hemisfera Utara Bumi. Kejadian ini berlaku setiap Mac dan matahari juga akan melintasi Khatulistiwa dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan Bumi setiap September pula. 

"Tiada yang istimewa pada hari berkenaan selain matahari berada tepat di atas kepala pada waktu tengahari. Ini menyebabkan kita tidak nampak bayang-bayang kita jika berdiri di tengah panas." katanya. 

Fenomena berkenaan juga berlaku setiap hari tetapi di lokasi berbeza mengikut garis lintang kedudukan pergerakan matahari. Ini bermakna setiap negara yang berada di antara garisan Sartan dan Jadi, termasuk Khatulistiwa, akan merasai fenomena berkenaan. 

Fenomena berkenaan juga berlaku dalam tempoh yang singkat iaitu dua hingga lima minit serta tidak memberi kesan langsung kepada penduduk bumi seperti kejadian gerhana bulan dan matahari. 

Ahli falak Islam yang masyhur, Imam al-Khawarizmi dan ahli sains Isaac Newton berpendapat, setiap dua jisim yang berdekatan mewujudkan kesan tarik menarik antara satu sama lain, sama ada kuat atau lemah tarikan itu. Disebabkan ketika berlakunya gerhana matahari, bulan berada hampir dengan bumi, pastinya akan berlaku tarikan kuat dari bulan terhadap bumi yang mengakibatkan berlakunya perubahan paras air laut dan mungkin angin yang memberi kesan kepada cuaca. 

Gerhana bulan dan matahari juga boleh membawa perubahan kepada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan benda hidup di dunia ini. Contohnya, jika berlaku gerhana matahari di mana waktu siang tiba-tiba bertukar menjadi gelap seperti malam, mungkin haiwan seperti burung akan keliru dan menyebabkan ia terbang pulang ke sarang atau tidak berhaluan. 

Berbeza dengan kedua-dua gerhana berkenaan, fenomena tanpa bayang hanya kejadian tiada bayang kelihatan pada tepat waktu tengahari di sesuatu tempat ketika matahari melintasi garisan lintang kawasan berkenaan. Selepas daripada tarikh itu, bayangan mereka akan kelihatan semula jika dilihat di atas tanah pada tepat waktu tengahari kerana kedudukan matahari yang semakin beralih ke garis lintang sama ada arah utara atau pun mungkin arah selatan. 

Semua bandar di dunia yang berada di antara garisan lintang 23.5 darjah Utara (garisan Sartan) dan garisan lintang 23.5 darjah Selatan (garisan Jadi) akan mengalami keadaan itu dan dalam tempoh setahun, hemisfera selatan terlebih dulu mengalaminya seperti di Australia pada bulan Disember hingga Januari. 

Sebelum ini, tempat popular yang menjadi tumpuan ialah bandar Pontianak, Kalimantan Barat, kerana kedudukannya betul-betul di garisan Khatulistiwa. Bandar itu akan mengalami fenomena itu dua kali setiap tahun iaitu pada setiap 21 Mac dan 23 September. 

Fenomena sama yang berlaku di Makkah pada 28 Mei dan 15 Julai setiap tahun, dimanfaatkan oleh umat Islam di seluruh dunia untuk membetulkan arah kiblat masing-masing berdasarkan kepada unjuran arah bayang matahari di kawasan setempat masing-masing pada waktu itu akan menghala Makkah. 


Panitia Geografi: BAHAN PEMBELAJARAN TINGKATAN 1

NOTA dan LEMBARAN KERJA GEOGRAFI BAHAN PEMBELAJARAN TINGKATAN 1:

Sabtu, 14 April 2012

KEMPEN JAM BUMI (EARTH HOUR) 2012

Belum terlambat untuk menyatakan sokongan kepada kempen Earth Hour 2012, waima sudah masuk bulan April 2012.

Kenapa Perlu Sokong Kempen Earth Hour ?

Kempen kesedaran Earth Hour ini sudah bermula sejak tahun 2009 lagi iaitu bermula di negara Australia..Bagi yang tidak tahu, kempen ini bertujuan untuk menyedar seluruh penduduk dunia tentang perubahan iklim dunia yang semakin mengalami kerosakan dan kemusnahan lantaran kegiatan dan aktiviti manusia sendiri.. terbukti dengan pelbagai bencana alam yang telah melanda di seluruh dunia.


SEJARAH BERMULANYA EARTH HOUR
Pada tahun 2007, WWF Australia yang diilhamkan oleh penduduk Sydney untuk menunjukkan sokongan mereka untuk tindakan perubahan iklim dalam acara jam Bumi pertama. Ia menunjukkan bahawa semua orang, dari kanak-kanak hingga ke CEO dan ahli politik, mempunyai kuasa untuk mengubah dunia tempat mereka hidup. Di Sydney, Australia, 2.2 juta individu dan lebih daripada 2,000 perniagaan memadam lampu mereka selama satu jam untuk menyokong pendirian terhadap perubahan iklim .
Pada tahun 2008, rancangan itu adalah untuk menyebar luas Earth Hour ke seluruh Australia. Tetapi kemudian Kota Toronto, Kanada, mendaftar dan sebelum itu 35 buah negara dan hampir 400 bandar dan pekan adalah sebahagian daripada peristiwa itu. Ia berkata sesuatu yang menarik perhatian dunia bahawa cabaran iklim yang dihadapi oleh planet kita adalah begitu ketara bahawa perubahan perlu dilakukan secara global.
Dengan jemputan untuk 'mematikan suis' diperluaskan kepada semua orang, Earth Hour dengan cepat menjadi satu acara tahunan global. Ia dijadualkan pada hari Sabtu terakhir setiap bulan Mac - rapat bersamaan dengan ekuinoks untuk memastikan kebanyakan bandar-bandar dalam kegelapan kerana ia melancarkan mengelilingi Bumi.
Pada 2011, Earth Hour menyaksikan beratus-ratus juta rakyat di seluruh 135 negara memadamkan suis selama sejam. Tetapi ia juga menandakan permulaan sesuatu yang baru - dalam melangkaui di sebalik jam Bumi perlu ada tindakan yang berpanjangan kepada perubahan iklim. Dan dengan kuasa rangkaian sosial di sebalik mesej Earth Hour, kami berharap untuk menarik penyertaan yang lebih banyak supaya kita dapat membina sebuah masyarakat yang benar-benar global yang komited untuk mewujudkan sebuah planet yang lebih mapan.

Ahad, 11 Mac 2012

PROGRAM CUTI TERANCANG: KUIZ GEOGRAFI TINGKATAN 1 sempena cuti pertengahan penggal 1 2012

Para guru bersemangat prihatin memberikan sedikit bimbingan dan pemantauan bagi murid dalam menghabiskan cuti sekolah.
Maka kami memperkenalkan KUIZ INTERAKTIF melalui  widget kuiz QUIZREVOLUTION, ProProfs Quiz Maker [KLIK untuk melihat]. 
Bagi memudahkan pemantauan guru, murid diminta mendaftarkan nama ringkas yang dikenali guru dan sertakan nama kelas.  

Contoh:   M.Aiman_1MU
Voon_1ZA, Bhana_1NI, Rini_1BE






LINK KUIZ
Tanah pamah dan Tanah Tinggi 1 quizrevolution
Geografi tingkatan 1 Tanah Pamah dan Tanah tinggi » exam maker
Geografi Asia : Cari  negara-negara  Asia
1) QUIZREVOLUTION yang dihasilkan oleh pihak panitia...akan atau sudah ditammatkan selepas 250 orang mencuba jawab.

2) Sesiapa yang masih ketinggalan, sila emelkan kepada Pihak Kami geo.smkis@gmail.com.

3) Cara lain anda ingin berinterkasi dengan bijak dan pemberian markah (auto check) sila pergi ke laman QUIZREVOLUTION....klik butang look & Play ...dan taipkan sebarang keyword yang berkaitan tajuk yang telah anda pelajari dalambahasa Inggeris terutamanya dan anda pilih sebarang quiz yang boleh memberikan markah yang tertinggi...



4) Bagi kuiz ProProfQuizMaker anda boleh menulis nama penuh dan kelas, pihak panitia ada akaun tersendiri untuk menyemak penyertaan murid


Anda tidak perlu risau markah yang diperolehi. Cuma pastikan anda menyertai kami mengulangkaji pelajaran geografi.

Ahad, 12 Februari 2012

SAYANGI BUMI, SAYANGI SEKOLAH, SAYANGI GEOGRAFI




Kebetulan  urusitua urusetia blog baru memulakan catatan untuk tahun 2012, konsep guru penyayang dilancarkan peringkat sekolah, maka urusetia blog memilih tajuk coretan pertama pada blog ini... saya sayang dunia bumi, saya sayang sekolah...cikgu menyayangi kamu....opps yang ini, golongan guru perlu membuat akujanji berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut :-
Kepercayaan kepada Tuhan,


a) murid tertentu tidak boleh tercicir dari memahami pengajaran

b) murid tidak boleh dinafikan haknya untuk memberi penjelasan situasi

c) Guru tidak boleh memberi Hukuman “deraan” fizikal dan emosi

d) Guru tidak membenarkan murid mengalami “defisit “ motivasi

e) Guru perlu memastikan kelas ceria, penuh kegembiraan dan menyeronokkan.


Maka, urusitua urusetia blog sangat-sangat berharap murid-murid juga memberikan usaha dalam menggapai konsep penyayang, golongan guru juga adalah manusia biasa.  Maka..kami guru Malaysia  pasti ada simptom seperti ‘singa yang mengaum’ dalam penyampaian ilmu di sekolah....maka kemaafan dahulu dipohon...maka murid-muridku rendahkanlah hatimu dalam pencarian ilmu....semoga Tuhan memberkatimu.